Followers

Friday, April 4, 2008

Ahmad Shabery Cheek-lembu Suci Pak Lah

Hari ini Bernama melaporkan kenyataan Ahmad Shaber Cheek, menteri Penerangan yang baru yang meminta Tun Dr mahathir agar berhati hati di dalam memberi kenyataan ditakuti UMNO nanti akan terkubur atau diharamkan.Saya tidak mengenal siapa Ahmad Shabery Cheek ini melainkan pernah teringat kata-kata beliau semasa satu Perhimpunan Agung yang sebelumnnya yang berkobar kobar memainkan isu : Lembu Suci aka Manusia manusia peliharaan yang diberi pelbagai keistimewaan atas belas dan ikhsan Ketuanya.Suka diingatkan Ahmad Shabery Cheek bahawa beliau antara ahli-ahli UMNO yang menyebabkan pada satu ketika dahulu UMNO diharamkan, melalui tindakan beliau bersama sama sekumpulan rakan rakan beliau di dalam Semangat 46 membawa UMNO ke MAHKAMAH.Adakah beliau sudah lupa atau sebenarnya MELAYU memang MUDAH LUPA?Juga dingatkan beliau antara insan insan yang berpaling tadah dari UMNO menyertai Semangat 46!Apa jati diri beliau sebagai ahli UMNO yang sanggup keluar dari UMNO dan membuka sebuah parti lain yang TERKUBUR?Sesungguhnya kata kata beliau mengenai Lembu Suci berbalik kepada belia sendiri.Sesungguhnya pada hari ini, beliau adalah LEMBU LEMBU SUCI , Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang diPERSOAL rakyat.

No comments: