Followers

Wednesday, October 8, 2008

Dewa Anwar - Berhala baru Pakatan Rakyat


Satu replika gergasi pertama di Malaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh YB Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), YB Manikavasagam (MP Kapar), YB Sivarasah (MP Subang) dan YB William Leong (MP Selayang) selaku tetamu kehormat majlis ini. Replika yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk Dun Batu Caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves ini."

Semakin bertambah mengarut orang2 PKR ni. Dah mula pulak nak mendewa-dewakan Brader Anwar Bin Ibrahim. Wajarkah alasan menterjemahkan semangat seseorang melalui pembinaan replika? Kononnya sebagai simbol masyarakat pelbagai kaum. Simbol apa?

Orang Kristian dan Yahudi je yang biasa ada simbol ni. Mula2 memanglah mereka kata tujuan pembinaannya semata2 nak menyuburkan semangat penyokong PR. Lepas tu, ramai pulak yang akan datang menziarah kononnya untuk bagi penghormatan.

Kemudian mulalah replika Anwar tu diletakkan kalungan bunga, kad, sepanduk, buah, ayam golek, kemenyan dan segala macam tok nenek pengeras bomoh. Penyudahnya jadi BERHALA yang akan disembah oleh penyokong PR untuk memohon dikurniakan 'semangat Anwar'.

Apa la punya bengong orang2 pembangkang ni. Che Det yang terkenal hebat seantero dunia tu pun orang tak buat replika. Nampak benar taksub penyokong2 Pakatan Rakyat ni. Taksub membabi buta.



Lebih bertambah bengong bila Adun Batu Caves, Amiruddin Saari yang selaku umat Islam turut terlibat dalam perasmian FUTURE BERHALA ni.





Lepas ni ramai pulak yang akan buat replika Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, RPK dan sebagainya atas alasan 'semangat'.

p/s: Orang Pas tak komen ke replika Anwar yang seakan patung Saddam yang dah runtuh tu?

1 comment:

Anonymous said...

Patong ngan gambar pun x tau beza ke bro....Awk g satukan dulu la bdk Tmn RB.Xyah sibuk yg lain dulu...k