Followers

Friday, July 18, 2008

Fantasi Anwar Jadi PM Masih Tebal


Rupanya dalam negara mencari jawapan terhadap kenaikan harga minyak untuk menerangkan kepada rakyat dan juga memberi peluang kepada penasihat PKR untuk kemukakan hujahnya, penyokong Anwar juga sangat berminat mengetahuinya dan membuat analisis sendiri bahawa Anwar memang hebat.

Selepas saja debat di TV tamat, SMS, e-mail dan dalam blog terus membincangkan topik sama sebagai lanjutan daripada debat itu. Kononnya ada pihak yang membuat tinjauan rambang daripada orang ramai bahawa Anwar menang dan Shabery kalah tanpa menyedari bahawa debat itu bukan satu pertandingan yang menentukan siapa menang.

Ramai pula yang mencadangkan Shabery patut letak jawatan kononnya kalah di tangan Anwar. Kononnya juga Anwar menang dengan hujahnya yang mana sebenarnya dalam cadangan Anwar itu penuh dengan muslihat mahu mengenakan kerajaan. Apa yang Anwar cakap terkeluar tajuk pun penyokongnya bertepuk.

Kalau kira banyak kali tepukan, Shabery lebih banyak mendapat tepukan. Tapi bukan itu ukurannya. Ia bukan satu pertandingan seperti dalam Akademi Fantasia yang boleh menghantar SMS seberapa banyak yang boleh untuk menentukan siapa patut menang. Debat itu adalah lebih kepada mencabar Anwar betulkah hari ini jadi pemerintah, esok harga minyak boleh turun?

Jadi yang berlegar dalam hujah Anwar lebih banyak menggunakan perkataan kalau, jika, barangkali dan mungkin yang tidak membawa maksud ke arah realiti positif dalam kita menangani masalah kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak tidak meminta mana-mana negara untuk menyertai satu rundingan sejagat menyokong kenaikan minyak. Negara kita juga menentang kenaikan harga minyak melalui banyak pertubuhan pengeluar minyak dunia.
Dalam sepanjang persembahan debat itu, kalau berlegar dengan mitos perkataan kalau, jika, barangkali dan mungkin sahaja, pada realitinya Anwar bukan lagi sudah jadi pemerintah. Dia sudah dilihat sebagai pengkhianat yang suka mahu mencari peluang dan mencelah untuk mengusik sinis orang-orang yang tidak disukainya dan mengkritik BN yang kononnya dialah yang pandai dalam soal mencatur ekonomi negara ini yang mana beliau sudah terkeluar daripada gelanggang penggubal dasar.

Ramai dari kalangan pemerhati politik secara keseluruhannya setuju bahawa kelebihan Anwar mempunyai aura yang tidak ubah seperti penyanyi Akademi Fantasia, Mawi. Kalau Mawi nyanyikan lagu apa pun, pada peminatnya, itulah yang sedap. Anwar tidak lebih dari itu. Pada penyokongnya, lebih melihat Anwar sebagai seorang penyanyi politik yang mana apa pun Anwar kata, penyokongnya akan kata itulah yang betul.

Tetapi dalam debat semalam, Anwar juga selain daripada mempunyai aura tersendiri selagi ada penyokongnya yang tidak percaya bahawa yang disokong itu tidak jujur dan tidak ikhlas dalam perjuangan politiknya sepertimana disebut Shabery apa pun kerajaan buat daripada dia seorang penuntut hinggalah dia menjadi menteri pun padanya bosnya Mahathir tidak betul. Dia saja yang betul sehingga hari ini menjadi pemimpin parti pembangkang, lagilah dia melihat kerajaan tidak pernah betul.

Banyak komen yang diterima kononnya ramai yang menyokong Anwar dan tidak kurang pula yang melihat Shabery sebagai seorang yang cukup berani berdepan dengan Anwar walaupun sebagai menteri penerangan, bukan kerja hakikinya untuk melibatkan diri dengan debat seperti ini. Cuma Shabery sangat mengenali Anwar dan sikapnya serta latarbelakangnyalah yang mungkin dia terpanggil untuk berdepan dengan Anwar sebagai satu cabaran terbuka kepada Anwar betapa tidak cerdiknya Anwar menonjolkan fantasinya kepada rakyat macamlah dia hebat sangat.

Bagaimanapun dia mungkin berjaya menunjukkan kehebatan dan kepetahannya bercakap walaupun ada kalanya tidak menjawab kepada isu tajuk debat, tetapi ramai juga yang mahu melihat bagaimana Anwar lebih sanggup menonjol diri di kaca TV daripada berdepan dengan siasatan polis terhadap kes liwatnya dengan bekas pembantunya Mohd Saiful.

Ramai kawan-kawan yang menonton debat itu lebih mahu melihat wajah 'guilty' Anwar terhadap apa yang sedang berlaku dalam dirinya diburu satu tuduhan yang belum terjawab lagi akibat daripada tingkah lakunya yang amat mencurigakan dia berada di pihak betul. Kalau tidak, masakan dia terus mengelak daripada disiasat polis habis-habisan termasuk mengelak daripada menjalankan pemeriksaan DNA!


KPSumber : Suara Politik

No comments: