Followers

Friday, April 4, 2008

Sudahlah Mat Taib, Anda Gagal!

Saya sebenarnya tidak begitu berminat mengulas mengenai Tan Sri Muhammad Mohd Taib ini (Mat Taib). Bagi saya lebih banyak Mat Taib bercakap lebih banyak labialiti kepada Pak Lah. Namun tampak, bekas Menteri Besar Selangor ini sibuk menyalahkan orang lain dan mengkritik Tun Dr. Mahathir dengan keras bagi memuaskan hati boss beliau. Dengan kata lain, beliau mengambil alih tugas Nazri aziz (di manakah beliau sekarang?) dan Khaled Nordin.
Mat Taib dalam kritikan beliau terhadap Tun Mahathir semalam menyatakan tiada siapa yang meminta beliau meletak jawatan ketika hilang Terengganu pada 1999. Justeru tidak adil meminta Pak Lah meletak jawatan.Mahu ketawa pun ada melihat tahap pemikiran Mat Taib ini. Pertamanya, mat Taib gagal melihat bahawa kekalahan di Terengganu pada 1999 berasaskan dua fakta iaitu isu Wan Mokhtar dan isu Datuk seri Anwar Ibrahim, bukannya isu kepimpinan Dr. Mahathir.Kedua, bagaimana Mat Taib boleh menyamakan kekalahan Bn di Terengganu dengan kekalahan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan wilayah Persekutuan? Samakah berat dan kesannya? Mat Taib juga gagal sama sekali menilai bahawa BN telah gagal mendapat majoriti 2/3 dalam pilihan raya kali ini. Pertama kali dalam sejarah.Seterusnya saya ingin membetulkan kenyataan bahawa tiada sesiapa pun meminta Dr. Mahathir meletak jawatan. Mat Taib boleh bertanya kepada Annuar Musa sama ada betul atau tidak beliau meminta Dr. Mahathir meletak jawatan pada 1999. Jika Anuar Musa menafikan saya akan cari semula rekod "pergaduhan" antara Dollah Kok Lanas dengan Anuar Musa sekitar tahun 2000 lalu.Seruan meminta Dr. Mahathir meletak jawatan juga ada tapi bukan kerana kelemahan kepimpinan Dr. Mahathir. Sebaliknya pandangan segelintir ahli UMNO ini kerana merasakan dengan persaraan Dr. Mahathir mereka boleh menyelesaikan isu Anwar Ibrahim.Dr. Mahathir juga menunjukkan kepimpinan yang kuat selepas pilihan raya 1999 dengan mengumumkan barisan Kabinet yang diterima ramai dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk merampas kembali Terengganu, termasuk menukar cara pengagihan wang ehsan untuk Terengganu.Apa strategi Pak Lah? Sebaliknya kedudukan Pak Lah sekarang ini sudah dipertikaikan dipelbagai peringkat bahagian, berlaku perletakan jawatan beberapa Timbalan Menteri. Malah khabarnya ada Menteri sudah meletak jawatan tetapi dipujuk secara senyap.Ahli UMNO melihat UMNO dalam keadaan tiada harapan dan masa depan. Ketika berlaku kekalahan kita memerlukan pemimpin yang kelihatan kuat dan ada idea untuk menang semula, bukannya pemimpin yang asyik mengulangi beliau tidak akan meletak jawatan.Memang benar banyak isu lain yang menyelubungi kekalahan BN termasuk kenaikan harga petrol, tol dan inflasi. Tapi apakah ini bukan kegagalan kepimpinan Pak Lah.Mat Taib juga memperlihatkan kecacatan beliau untuk berfikir dengan baik. Selain tidak boleh mengisi borang dalam bahasa Inggeris, beliau kini akan dingati sebagai tidak boleh mengira dengan baik bila menyindir Tun, "selama 22 tahun sistem kuota dilaksanakan di bawah kepimpinan Dr. Mahathir dan sistem yang sama diteruskan oleh kepimpinan Abdullah." Dengan mendakwa sistem kuota wujud selama 22 tahun kepimpinan Tun ia membayangkan Ketua Penerangan UMNO tidak tahu bila sistem kuota. Bagaimanakah orang yang begitu rendah keupayaan menganalisis dan membuat pertimbangan dilantik sebagai Ketua Penerangan dan kini sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor?Banyak orang menyalahkan Pak Lah dan pelbagai faktor lain sebagai punca kekalahan UMNO dan BN di beberapa negeri. Tapi tiada sesiapa yang memberi perhatian kepada Ketua Penerangan UMNO yang gagal sama sekali memainkan peranannya.Menurut sumber, kajian oleh unit risiskan mendapati 80% kekalahan BN kali ini disebabkan isu -isu nasional. Selebihnya ialah isu negeri dan tempatan. Jadi siapakah yang perlu disalahkan jika rakyat tidak memahami kebaikan dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang Mat taib pertahankan tersebut?Tidak lain tidak bukan, ia adalah tanggungjawab Mat Taib selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Barisan Nasional. Mat Taib akan diingati sebagai Ketua Penerangan UMNO yang gagal sama sekali menggerakkan jentera penerangan parti bagi mengukuhkan sokongan dalam masa pilihan raya. Beliau bermusuhan dengan para penggerak laman web dan blog. Beliau juga bermusuhan dengan para penulis buku politik. Hasilnya? UMNO kalah di ruang siber dan pengaruh di kalangan penulis politik.Ada tidak ada pun penyokong Mat Taib hanya datang dari penulis yang sudah lepas zaman kehebatannya dan menulis pun umpama orang nyanyuk sekarang ini (lain tajuk, lain isinya, lain kesimpulannya).Mat Taib bersama Azalina Othman said juga menubuhkan satu pasukan siber yang mandul idea dan intelektualnya. Selain menciplak nama dan bentuk laman milik kumpulan lain, mereka juga masih terikat kepada kaedah dan cara zaman perang siber primitif (1999). Mereka juga tidak memahami lenggok dan strategi politik siber serta tiada kekuatan intelektual untuk berhujah.Kita tinggalkan sahaja fungsi Penerangan di alam siber yang sememangnya diakui kalah dan tiada langsung wibawa. Mat Taib juga berkelahi dengan penulis-penulis politik dengan cara menghalang penjualan buku-buku politik ketika Perhimpunan Agung UMNO.Mat Taib bergaduh dengan semua orang yang selama ini membantu memberi penerangan mengenai dasar dan strategi politik UMNO agar dapat diterjemahkan kepada sokongan semasa pilihan raya.Lebih tragis lagi, Mat Taib masih menumpukan kepada strategi lama seperti ceramah dan risalah. Itupun banyak sekali kesilapan dan kelemahan. Misalnya, apa penting penceramah UMNO berceramah dalam pilihan raya UMUM ke-12 mengenai Islam Hadhari sedangkan Islam bukan isu pertama dalam pilihan raya kali ini?Malahan di sesetengah tempat penceramah UMNO langsung tidak peka siapa khalayak mereka. Ceramah BN yang dihadiri oleh kaum India dan Cina turut disajikan dengan cerita Islam hadhari dan cerita-cerita kepahlawanan Islam zaman dahulu. Logikkah strategi seperti ini? Akhirnya hilang habis undi bukan Melayu di kawasan bandar.Risalah-risalah yang dibuat pula lebih merupakan isu-isu basi (mungkin di kitar semula dari fail lama) yang diberi nafas baru. Langsung ia tidak mencerminkan kekuatan sebuah institusi seperti UMNO. Mat Taib lebih rela menghabiskan wang untuk iklan-iklan di akhbar berbanding menghantar bahan-bahan kempen ke rumah-rumah. Jika beliau mengetahui berapa banyak jumlah pembaca akhbar berbanding jumlah pengundi dan berapa pula dari jumlah pembaca tersebut turun mengundi, mungkin Mat Taib sudah menghantukkan kepala ke dinding. Justeru bolehkan ahli UMNO diminta yakin dengan parti dan pucuk pimpinan jika orang yang gagal seperti Mat Taib bukan sahaja dikekalkan jawatan, malah diberi dihadiahkan lebih banyak jawatan dan tanggungjawab. Bagaimanakah orang yang begitu kurang akalnya kerana ditangkap membawa membawa keluar wang tunai dari Australia tanpa membuat pengisytiharan diberi begitu banyak jawatan? Bagiamanakah kita boleh percaya seorang yang begitu bodoh membawa wang berjuta ringgit menaiki kapal terbang akan ada akal untuk menawan kembali Selangor dan negeri-negeri lain.Jadi selain Pak Lah, Mat Taib perlu berundur secara terhormat. Sudahlah Mat taib.

No comments: