Followers

Monday, November 3, 2008

Zaid Ibrahim : Selepas meletak jawatan sebagai Senator?

Zaid Ibrahim selepas meletak jawatan sebagai senator mengatakan Ketuanan Melayu satu konsep yang gagal. Bolehkah orang Melayu menerima kenyataan biadap ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai Senator, berikutan peletakan jawatannya dalam Kabinet pertengahan September lalu. Zaid yang sebelum ini memegang portfolio undang-undang ketika dihubungi di sini, semalam, berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini.

Katanya, tindakannya meletak jawatan sebagai Senator itu dibuat kerana beliau berasakan ia langkah yang tepat berikutan beliau tidak lagi menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menjelaskan keputusan itu diambil kerana ingin memberi tumpuan kepada usahanya menubuhkan yayasan khusus yang bertujuan mewujudkan hubungan antara kaum yang lebih baik di negara ini.

Walaupun peguam yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bharu yang terkenal dengan kelantangannya itu tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Zaid dilantik ke Kabinet dengan diberikan tugas khas untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem perundangan.

Zaid meletakkan jawatan dalam Kabinet sebagai tanda protes terhadap penahan seorang wartawan, Ahli Parlimen dan penulis blog di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini.

Ketika menjelaskan keputusannya pada sidang media khas sebelum ini, Zaid berkata, beliau kecewa kerana berdepan dengan kesukaran dalam Kabinet apabila hendak memperjuangkan sesuatu untuk mengubah sistem perundangan.

Semakan dengan Ibu Pejabat Umno bagaimanapun mendapati Zaid belum meninggalkan Umno.

Apakah motif sebenar Zaid Ibrahim mengatakan yang Ketuanan Melayu satu konsep gagal ?

Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

"Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.

"Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina," katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

Adakah kenyataan ini mengambarkan yang Zaid Ibrahim akan senada dengan Ketua Umum PKR yang hendak menghapuskan ketuanan Melayu jika berjaya memerintah negara? Adakah beliau sudah terikut-ikut dengan Ketuanan Rakyat seperti yang dilaungkan oleh "Raja Anwar Ibrahim "?

Nasihat kepada Zaid Ibrahim. Jangan jadi pengkhianat kepada orang Melayu. BANGSAT !!!


Ir Gullit

No comments: