Followers

Thursday, December 4, 2008

Mukhriz Dedahkan Siapa Lebih Perkauman

Memang sudah dijangka…! Kepentingan kaum Cina tidak boleh disentuh langsung. Padah akan datang tanpa diundang. UMNO telah diarah oleh MCA dan GERAKAN supaya kenakan tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail hanya kerana beliau mengambil bahan sejarah dalam intisari ucapan beliau. Akhirnya UMNO tunduk dan patuh terhadap amaran MCA dan Gerakan.

Tapi apabila Tan Lian Hoe memutar belit sejarah dan mengatakan Melayu pendatang, tiada sebarang tindakan dikenakan. Cukup dengan menjawab kenyataan beliau telah diputar belit oleh media.

Hak keistimewaan Melayu yang jelas termaktub dalam perlembagaan acap kali dipertikaikan oleh para pemimpin bukan Melayu. Belum pernah mereka meminta maaf atas ketelanjuran mereka. Cukup dengan memberi penjelasan semula, semua akan beres dan orang Melayu pun diam.

Sebenarnya, pemimpin bukan Melayu menyimpulkan secara tidak langsung apa yang termaktub dalam per. 153 & 152 adalah bersifat perkauman kerana segala terjemahan dan perlaksanaan yang menjurus ke arah pengisian per. 153 semuanya dianggap bersifat perkauman.

Di antara medium perlaksanaan per. 153 adalah DEB, soal biasiswa, mendaulatkan bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi, permit dan segala yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu semuanya mendapat reaksi yang tidak menyenangkan dari kaum bukan Melayu.

Di sini jelas, mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan segala perlindungan dan keistimewaan yang diperuntukan melalui per 153 & 152 yang diberi kepada kaum Melayu. Pelbagai mesej dan ucapan diluahkan bagi menyatakan perasaan tidak senang mereka terhadap segala keistimewaan ini.

Kini, apabila ada di kalangan pemimpin Melayu yang cuba mengusik sedikit atau cuba memberi persepsi baru yang bersesuaian dengan proses liberalisasi dan globalisasi mengenai keistimewaan mereka, semua pemimpin kalangan mereka bertindak pantas mempertahan hak mereka, mengutuk dan mengecam pemimpin tersebut.

Hari ini jelas, semua mereka sudah menjatuhkan hukuman dan mencadang supaya dijatuhkan hukuman melalui pelbagai kemudahan peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan kesalahan.

Jika Datuk Mukhriz dicadangkan supaya dikenakan tindakan di bawah akta hasutan, kenapa usikan mereka terhadap segala intipati dan medium perlaksanaan per. 153 & 152 bebas tanpa sebarang tindakan?

Bukankah per 152 mengenai hak pendidikan vernacular dan hak istimewa Melayu dalam per 153 sama sucinya dari sudut perlembagaan?

Kenapa jika hak orang Melayu mereka bebas untuk berhujah dan membelakangkan perlembagaan tapi, apabila hak mereka tersentuh terus mencari-cari peruntukan undang-undang untuk beri cadangan tindakan?

Kalau kenyataan Mukhriz dianggap menghasut dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, maka kenyataan berbaur hasutan yang selama ini dihamburkan kepada hak orang Melayu kita nak letak bawah akta apa?

Kenyataan Mukhriz sebenarnya adalah satu bahan kajian dan ujian tentang karakter pemimpin kaum Cina yang selama ini berselindung disebalik proses liberalisasi dan kesaksamaan dalam meneruskan agenda rasis mereka!

Terbukti, sudah jelas terbentang karakter sebenar mereka… Sebenarnya mereka telah terperangkap melalui kenyataan Mukhriz!

Sekalung tahniah buat Datuk Mukhriz kerana telah menekan ‘punat’ tabir pelindung dan kepura-puraan liberalisasi dan kesaksamaan yang selama ini melindungi mereka! Apabila terbuka saja tabir-tabir liberalisasi, maka nampaklah segala sifat perkauman mereka.

Rupa-rupanya paku dulang paku serpih, tuduh orang mereka yang lebih….!!!!!

Sumber

http://kkamdias.blogspot.com/

No comments: