Followers

Wednesday, December 24, 2008

Pas Parti BARUA Pakatan Rakyat....


DALAM Barisan Nasional (BN), UMNO adalah kepala atau ketua gabungan.Dalam pakatan pembangkang yang Anwar Ibrahim bahasakan sebagai Pakatan Rakyat (rakyat adalah istilah politik kegemaran Anwar), Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kepala, DAP adalah penasihat eksekutif (yang cakapnya mestilah didengar dan dilaksanakan), manakala Pas adalah rakan kongsi yang lebih bersifat penumpang.


Tiba-tiba Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam satu majlis wacana dengan Khairy Jamaluddin di Kota Bharu menegaskan, jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, hukum hudud dan qisas akan dilaksanakan. Dia bercakap begitu setelah didesak oleh Khairy supaya menyatakan pendiriannya mengenai perkara tersebut.


Beberapa hari kemudian, Husam dilaporkan menarik balik kata-katanya. Hukum hudud dan qisas hanya boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan PKR dan DAP.Nyatalah bahawa cakap Husam hanyalah cakap kosong. Sebenarnya, jika ...(ulangi)... jika...takdirnya Pakatan Rakyat memerintah, hukum hudud dan qisas tidak akan dilaksanakan. Sebabnya Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh telah membantah keras kenyataan Husam. Suara mereka adalah suara mutlak DAP.Suara mutlak PKR ialah Anwar. Tapi Anwar masih membisu. Walaupun Karpal telah mendesak keras, Anwar belum mengeluarkan komen berhubung kenyataan Husam. Sebabnya sangat jelas. Siapalah Anwar dan PKR tanpa sokongan DAP dan Pas.


Anwar tidak mampu untuk menyinggung perasaan sama ada DAP atau Pas. Kalau memihak kepada DAP, akan menyinggung Pas. Kalau memihak kepada Pas, akan menyinggung DAP. Lebih baik berdiam diri.Kepada orang-orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan berlangsung tidak lama lagi, sedarlah hakikat ini.Pas boleh bercakap apa sahaja, tapi akhir kata terletak pada Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal. Bukan pada Haji Hadi Awang, Nik Aziz atau Husam.


Di Kuala Terengganu, kalau Pas menang pun pilihan raya kecil 17 Januari 2009, ia tidak akan membawa makna kepada suara Melayu dan Islam. Pas hanyalah rakan kelas dua dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dibuktikan oleh episod kenyataan hukum hudud Husam.Sebaliknya jika BN menang, ia menjamin harapan UMNO untuk meneruskan tanggung jawabnya sebagai pemelihara kepentingan Melayu dan Islam dalam kerangka mufakat Barisan Nasional.


Berbeda dengan Pas, UMNO adalah kepala dalam Barisan Nasional. Pas hanyalah rakan kongsi kelas kedua.


SI KELDAI


Sumber: Malaysiaaktif.com

No comments: