Followers

Wednesday, February 11, 2009

Kenali Pengkianat Negara....

Sudah-sudah la tu Mr Karpal Sigh, relek, awak pun dah tuan dan tak sihat, baik habiskan masa yg tinggal untuk berbakti terhadap rakyat yang pilih awak untuk memajukan kawasan yang awak wakili. Tolong tanya pengundi awak, mereka undi awak untuk saman semua org dalam malaysia ni ke? atau untuk ada memajukan kawasan anda? Sendiri mau pikir la Mr Karpal Sigh.


Akhir kata .. Untuk orang-orang Parlimen Bukit Gantang dan Adun Bukit Selambau, selamat mengundi dan pilih lah dengan bijak siapa yang anda mahu mewakili anda.
Berani Berubah !!!!

7 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

Chilabaey's Spot 2 said...

Saya setuju dengan apa yang telah disuarakan.... dan digambarkan.... mereka ni semuanye pengkhianat negara..... semuanye gila kuasa... negara dalam keadaan aman, nak buat huru-hara, semuanye ini untuk dapat liputan negara luar agar mereka dapat campur tangan dalam urusan negara kita.... jadi rakyat Malaysia yang mempunyai harga diri dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang.... Insya-Allah semuanya akan selamat.... Berdoa jelah....

fital said...

Tuan Ir Gulit

Karpal berani sebab orang Melayu juga yang mengajar durhaka kepada raja. Harap jagan lupa pada era tun Mahathir hinggalah zaman Pak Lah.lantaran itu Karpal berani berkata jangan main-main sama saya(orang pun tak selera nak main dng dia).Karpal sebenarnya cuba memerangkap pihak berkenaan yang juga pernah memepertikaikan keputusan pihak istana di Terenggganu dan Perlis sebelum ini. Ada juga laporan polis dibuat tapi tak kemana.setakat ni tak kurang 34 aduan polis dibuat terhadap Karpal tapi keputusannya dalam siasatan dan belum ada tangkapan atau dakwaan dibuat ke atas beliau. Sebab tu Pak Lah berkata belum ada cadangan untuk menahan Karpal di bawah ISA.
Walau apapun marilah kita sama-sama mempertahankn institusi raja.Janganlah kita durhaka kepada raja. Janganlah kita mudah melatah degan DAP yang memamang batu api suka melihat Melayu bergaduh sama sendiri.Yang berdemo Melayu. Sana sini berdemo termasuk di Melaka tapi sayang Melaka tak ada raja.

Sedia Gempur said...

salam sahabat..

terima kasih atas pandangan yang diberikan. saya sedar keadaan ekonomi yang tidak stabil dengan ada sedikit pergolakan politik tanahair dengan hal terbaru di perak. Ini telah jelas, keadaan ekonomi yang berlaku bukan sahaja di malaysia malah kena tempias kepada orang yahudi malah kepada negara-negara yang besar. kita lihat syarikat-syarikat yang besar telah mengurangkan pekerja dan mohon bantuan kewangan kepada kerajaan mereka demi survival perniagaan mereka. Oleh itu, kita tak boleh salah kerajaan 100% dalam hal ekonomi ini. Malah apa yang penting, kita perlu berjimat dalam segala perbelanjaan. saya menjangkakan kegawatan ekonomi global akan memakan masa dalam 3-4 tahun untuk pulih. Oleh itu, kita memerlukan keadaan politik yang stabil dalam negara kita. Insya Allah dengan kepimpinan BN dalam menerajui negara kita, akan melepasi masalah ini dengan baik. Sokongan dan pandangan Tun Dr Mahathir amat diperlukan demi survival ekonomi negara kita. Insya Allah...

Sedia Gempur said...

salam en fital..

pandangan sdr amat jelas dan sy menyokong pandangan sdr kecuali era Tun Dr Mahathir. sy juga berharap dengan kepimpinan yang baru (bulan mac ini) akan lebih berkaliber dan mempunyai nilai prinsip yang tinggi dalam segala keputusan yang dibuat. segala tindakan perlu pantas dan cerdik tanpa menunggu pandangan bagi pihak ketiga atau tingkat 4. segala keputusan yang dibuat untuk kebaikan rakyat. Berani Berubah !!!

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Saya rasa sedih, geram dan kecewa dengan nukilan yang terdapat di Buku pelawat DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. Semacam saya berada di zaman puak Gasar, puak kanibal yang tidak tahu adab sopan, tidak tahu tata susila serta tidak langsung menghormati Sultan / Raja sendiri.

Komen-komen yang tidak beradab ini akan pula dibaca serta diterjemahkan oleh bangsa-bangsa lain diseluruh pelusuk dunia. Adakah kita akan rasa bangga menjadi bangsa yang berjaya memalukan dan mencaci maki rajanya sendiri?

Jika kita berani berkelakuan serta mengeluarkan kata-kata kesat begitu kepada raja sendiri, jangan fikir bangsa lain akan menghormati raja kita malah mereka akan buat yang lebih hina dari itu kepada kita dan raja kita.

Bangsa kita ni kecil sahaja, tiada apa-apa keistimewaan pun di mata bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka cuma kenali kita dengan perkataan 'AMUK'. Mungkin hanya itu sahaja kelebihan yang bangsa kita ada.

Perkara ini jika dibiarkan akan mewujudkan satu masyarakat yang tidak lagi menghormati institiusi beraja. Keadaan ini sangat berbahaya untuk negara majmuk yang mana bangsa asalnya masih belum sedia berdikari dan masih ramai dibelenggu kemiskinan serta mengharap raja sebagai payung mereka.

-Kontraktorwibawa.blogspot.com

KUNTONG said...

Dia orang ni,kalau depa buat, SEMUA BETUL,walaupun ternyata salah.Tpi kalau pihak lawan buat,walaupun baik, SEMUANYA tak betul.(Senjata makan tuan)