Followers

Friday, February 20, 2009

SAYA TIDAK BERASA MALU TETAPI……. SAYA MAHU BERUNDUR

Saya tidak malu…
Uncle memetik sedikit ungkapan Elizabeth Wong semasa sidang akhbar semalam (17 Feb 2009).

Sebelum ini Wong mendakwa bahawa penyebaran gambar dan video beliau bertujuan untuk memalu dan mencemarkan nama baiknya.

NAMA BAIK?
Bagaimana pula dengan moral yang tidak baik?
Memang YB Wong tidak tahu malu. Apa yang hendak dimalukan oleh YB Wong kerana itu hak peribadinya dan dia tidak melanggar undang-undang?

Sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang Uncle berpendapat perbuatan individu terbabit memang salah dan perlu dikenakan tindakan. Tetapi jika Uncle ini salah seorang pemilih di DUN Bukit Lanjan, rasanya Uncle berterimakasih juga kepada DALANG penyebaran gambar bogel tersebut kerana memberi peluang untuk mengenali sedikit latarbelakang Wong yang terselindung disebalik nama baiknya. Uncle akan berasa malu jika kertas undi yang Uncle pangkah memenangkan Wong.

Kerana itu, para pemilih Wong seharusnya berasa malu kerana kedudukan dan jawatan YB Wong hasil mandat yang diberi oleh pengundi di kawasan Bukit Lanjan.

Uncle tidak tahu apa yang difikirkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamarudin, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nurida Mohamad Salleh dan Makcik-makcik BERTUDUNG yang hadir sama didalam sidang akhbar Wong tempohari. Mungkin Setiausaha Penyelaras DAP Teresa Kok dan Naib Presiden PKR A. Sivarasa tidak perlu memikirkan apa-apa berkaitan moral Wong.
Khabarnya Wong mendapat sokongan padu…dari keluarga, pemilih, rakan Pakatan Rakyat, kawan-kawan dan orang awam……..Benarkah dakwaan ini?

Sokongan untuk watak yang mana satu?

Tidak seperti V. Arumugam (bekas ADUN Bukit Selambau) yang tahu malu. Menghilangkan diri sebaik memorandum diserahkan kepada SPB Sultan Kedah sehingga berita peletakan jawatan exco dan ADUN diumumkan oleh MB Kedah. Dimana Arumugam ketika ini masih tidak diketahui.

YB Wong seharusnya diberi pujian kerana tidak malu untuk bertanggungjawab berikutan pendedahan tersebut. YB Wong rela untuk berundur dan telahpun menyerahkan surat kepada MB Selangor mengenai hasrat beliau.

Dalam kes ini masyarakat mula beralih untuk melihat reaksi dari Pakatan Rakyat berkaitan isu ini. Pemimpin Agung PKR memujuk Wong untuk mempertimbang semula keputusannya.. Suara MB Selangor turut senada (tak mahu melawan Boss). YB Husam bersetuju jika Wong mengosongkan kerusi DUN dan kerusi Exco.

Siasatan polis sedang dijalankan dan harapannya adalah YB Wong TIDAK AKAN MALU-MALU untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara beliau dengan dalang tersebut sehingga gambar-gambar sensasi berkenaan boleh dirakam. Hanya YB Wong yang mengetahui segala-galanya.

Wong mengesyaki bekas teman lelakinya berkemungkinan mendalangi perbuatan. Mungkin benar… kerana siapa lagi yang dapat mendekati Wong dalam keadaan sebegitu?.. Apa agenda penyebaran gambar tersebut hanya diketahui oleh Wong dan individu berkenaan.
Wong tidak harus menuding jari kepada orang lain khasnya penentang-penentang beliau kerana itulah resam dalam dunia politik. Kesilapan sekecil hama sekalipun akan digunakan sebagai senjata untuk menumbangkan musuh.

Imej Pakatan telah banyak tercalar dengan pendedahan isu-isu moral. Kepercayaan yang diberikan pengundi sedikit sebanyak akan merosot.

Tapi…siapa yang tahu? Tidak mustahil pembongkaran ini mampu menambah populariti pemimpin-pemimpin Pakatan kerana mereka bijak memanipulasi kisah. Bijak memainkan sentimen rakyat dan mungkin inilah senjata paling berkesan untuk mereka menguasai lebih banyak kawasan hasil dari pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Tarikh 7 April 2009 bakal menentukan siapakah RAJA BUKIT yang baru.Bukit Gantang, Bukit Selambau……..Mungkin juga Bukit Lanjan.

Ratu Bukit Gasing sudah pasti tidak akan menguasai persaingan di Bukit Lanjan sekiranya beliau sah meninggalkan kerusi berkenaan. Kita ingin juga melihat reaksi dan komen dari Raja Bukit Gelugor berkaitan isu ini.

sumber
http://www.unclejarum.blogspot.com/

1 comment:

fital said...

Bukit Gantang Melayu punya (PAS/UMNO) Bukit Selambau (India punya (PKR/BN/Bebas), Bukit Lanjan
Tiga-tiga kena londeh ma.