Followers

Thursday, March 26, 2009

KJ - KP ....... Bossssssss ( kaki bodek )

Tahniah KJ di atas kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru menggantikan Dato' Hishamuddin yang tidak mempertahankan jawatannya. Walaubagaimanapun, yang menang perlu menjalankan tugas seamanah yang boleh. Jangan leko kek jawatan yo....nanti nyusahkan orang.

Berikut adalah senario pada malam pengumuman keputusan pemilihan:-

1) Hampir 90% pemerhati di luar dewan menyokong Mukhriz. Hampir kesemua pemerhati seramai 300 orang bersorak apabila ternampak kelibat Mukhriz.

2) Apabila ternampak wajah KJ di layar besar hampir kesemua pemerhati menjerit sambil mengatakan RASUAH....RASUAH....!

3) Semasa pengumuman dibuat, ramai perwakilan keluar dari dewan, semacam tidak bersetuju dengan keputusan pemilihan.

4) Apabila nama KJ disebut sebagai pemenang bagi jawatan Ketua Pemuda, ramai pemerhati diluar kecoh..menjerit..malah ada yang menitiskan air mata dan tak kurang juga mereka yang menghamburkan kata-kata kesat.

5) Rusuhan dan pergaduhan terjadi di luar dewan sehingga memaksa polis mengawal keadaan.

Saya tertanya tanya kenapa ini semua tidak terjadi semasa pengumuman keputusan pemilihan Wanita UMNO? Adakah keputusan Wanita UMNO itu menggambarkan suara akar umbi?

Sama-sama kita lihat keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Silambau dan Batang Ai.

BEGUNO KE TAK KEMENANGAN SI KJ NI NANTI.....

No comments: