Followers

Sunday, March 8, 2009

Lembu Terbaru Anwar Ibrahim....

Dr Hasan Ahmad, orang tua dan orang establishment, bekas Pengarah DBP.

Semasa malam mempengerusikan mesyuarat Gerakan Memansukhkan PPSMI di bilik Dewan Undangan Negeri Selangor, nampak dia macam tidak senang dengan suara-suara yang keluar dari beberapa anak muda dari parti pembangkang.

Beberapa cadangan perancangan dari anak-anak muda ini luar dari yang dia biasa. Mereka tak mahu pakai permit polis.

Kononnya dia berkata, "Ini yang tak boleh. Apa-apa pun kalau kita nak buat mesti kena ikut undang-undang. Dapatkan permit polis. Benda yang kita nak buat ini benda betul. Jangan tercemar kerana masaalah dengan polis."

Semalam Dato Dr. Hasan mula berdalih-dalih, macam Anwar Ibrahim.

Utusan Malaysia melaporkan dia berkata "Ingat, ini bukan demonstrasi atau tunjuk perasaan, ini adalah tunjuk kasih kepada bangsa."

Pihak GMP diberitahu mendapat permit untuk berkumpul di Masjid Negara tetapi mengingatkan mereka tidak membuat kacau. Malaysiakini.com melaporkan dia sudah main kongkalikong. Sudah dapat permit, dia mahu cuba berunding dengan polis untuk membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana.

Dari laporan-laporan yang diterima di Masjid Negara, Dr Hasan menjadi batu api yang melanggar perjanjian dengan polis. Bila ditanya boleh ikut, dia yang membenarkan. Katanya Kuala Lumpur ada banyak pelancong dan mengajak ramai-ramai naik kereta melancong ke Istana Negara.Ini menjadi pencetus untuk penunjuk perasaan mahu cuba untuk berarak hingga terpaksa polis berkeras kerana enggan mahu melihat ketenteraman awam dan pagar Istana Negara yang dikunjungi ramai pelancong menjadi huru hara.

Kononnya Sasterawan Negara, A Samad Said menafikan pejuang bahasa diperalat pembangkang.Penipu rupanya Pak Samad.Hari ini diberi ruang untuk PAS dan PKR memainkan slogan dan propaganda berpolitik.Semasa melalui tempat itu tadi, penulis blog melihat yang datang kebanyakkannya penyokong pembangkang. Dari gambar-gambar Harakah nampak penuh kupiah.

Mana jadinya konon tahun lepas pro-Instutusi Raja? Keputusan Sultan Perak dipersoalkan dan tidak dihormati. Kereta keluarga di Raja di halang.

Syabas Perjuang Bahasa, anda telah dilembukan Anwar Ibrahim!

No comments: