Followers

Thursday, May 28, 2009

Aminah Dedah 'Kebabian' PKR

Sebelum ini, ketika bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah memberitahu beliau ditawarkan wang dan jawatan penting di negeri itu jika menarik diri dari bertanding di Penanti, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua seolah-olah mengamuk dan tidak berpuas hati dengan kenyataan itu.
Dia meminta agar Aminah segera menarik balik kenyataan itu atau berhadapan dengan tindakan mahkamah.

Tindakan mahkamah - Kata tidak percaya dengan sistem kehakiman negara tetapi sikit-sikit duk ketuk pintu mahkamah jugak.

Apa pun, kenyataan penafian (seperti biasa dalam PKR) dibuat ketika Aminah belum lagi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dengan bukti cakera padat (CD) yang mengandungi perbualan tawaran RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kepada beliau.

Tian Chua mungkin lupa, Aminah ini pemimpin politik produk PKR sendiri, jadi dan tentu dia akan amalkan perkara-perkara yang PKR buat selama ini seperti merakamkan pertemuan yang diatur atas persetujuan bersama.

Bila Aminah tampil membuat aduan bersama bukti, PKR mula gelabah. Tian Chua terkedu babi agaknya.

Mahu tidak mahu terpaksa mengaku juga ada tawaran yang dibuat.

Pengarah Pilihan Raya DUN Penanti, Saifuddin Nasution mengakui ada pihak dalam PKR yang menawarkan wang dan jawatan kepada Aminah.

Kutuk UMNO dengan BN bukan main, ini baru setahun sahaja pegang kuasa dah mula buat benda-benda macam ini. Ini kalau bukan politik wang apa lagi?

Sekurang-kurangnya permainan wang dalam UMNO bermula tahun berpuluh tahun selepas parti itu wujud. Dan kepimpinan tertinggi parti sedang berusaha sebaik mungkin menghapuskan semua itu kini.

Berbalik kepada isu di Penanti, timbul satu persoalan siapakah yang berani menawarkan jawatan dan wang kepada Aminah?

Saifuddin dalam usaha untuk menutup malu dan aib PKR yang kononnya sebuah parti yang sangat bersih dan murni berkata, tawaran itu dibuat atas hubungan rapat Aminah dengan dua ahli yang berkunjung ke rumah Aminah di Jelutung pada 13 Mei lalu.

Masalahnya, penjelasan itu masih belum menjawab sepenuhnya siapa kedua mereka yang berani menjanjikan jawatan Yang Dipertua MPPP kepada Aminah.

Pastinya bukan calang-calang orang yang berani memberikan janji demikian.

Tidakkah kemungkinan kedua mereka itu berani membuat tawaran itu kerana kepimpinan tetinggi PKR sudah memberikan mereka 'lampu hijau' untuk pergi bertemu Aminah dan menjanjikan jawatan tersebut.

Lebah Kota tidak rasalah mana-mana ahli PKR yang secara sedap mulut sendiri berani hendak menjanjikan RM80,000 dan sebuah jawatan yang agak penting di peringkat negeri kepada seorang bekas Ketua Wanita negeri yang hendak bertanding di sebuah pilihan raya kecil.

PKR mesti sedar Aminah mempunyai pengaruh dan mengetahui banyak rahsia dalaman PKR yang akan dia bongkarkan jika dia memilih untuk bertanding.

Terbaru, semalam pun beliau sudah mencabar untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai sebuah 'peristiwa' di sebuah hotel di Jawi pada 2007 melibatkan pemimpin PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Peristiwa apa agaknya? Kalau kat hotel selalunya melibatkan kes-kes maksiat atau tangkap basah sahaja. Namun, keruntuhan moral bukan sesuatu yang baru dalam PKR kalau itulah yang dimaksudkan berlaku di hotel berkenaan.

Menyedari kemampuan Aminah untuk membocorkan pelbagai kejahatan dan kelemahan PKR mungkin menjadi penyebab dua ahli PKR yang rapat dengan beliau diminta menghampirinya untuk menawarkan wang dan jawatan.

Dengan harapan Aminah menerima tawaran itu dan semua rahsia PKR akan terus didiamkan begitu sahaja.

Lebah Kota yakin, Saifuddin hanya cuba menutup aib partinya yang selamanya ini bercakap mereka sangat bersih dan jauh pada rasuah dengan mengatakan tawaran itu dibuat oleh dua individu yang tidak mewakili parti itu.

Mereka sebenarnya terperangkap apabila Aminah tampil dengan sebuah CD merakamkan tawaran yang diterimanya. Ini mesti sesutau yang tidak diduga sama sekali kepimpinan PKR.

Mereka tidak menjangkakan Aminah akan merakam perbualan dua ahli yang rapat dengan beliau selama ini.

Persoalan terpenting, yang ingin Lebah Kota ulang sekali lagi, takkan ada dua ahli yang ikut sedap mulut dan atas inisiatif sendiri mahu menawarkan wang dan jawatan kepaad Aminah?

Sudah tentu ia arahan pemimpin 'parti bersih dan prihatin' untuk membuat tawaran demikian kepada Aminah.

Kekotoran dalam PKR yang selama ini kerap disembunyikan menyerlah di Penanti dan ia dibuka oleh bekas Ketua Wanitanya sendiri.

Dan Penasihat PKR pula hendak menyaman Menteri Luar, Datuk Anifah Aman RM100 juta kerana membuat kenyataan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika melompat parti dan membantu membentuk kerajaan pintu belakang 16 Sepetember lalu.

Sayangnya mungkin Anifah tidak merakamkan perbualan tawaran itu.

Namun, apa yang berlaku di Penanti tidakkah menjadikan kita berfikir bahawa itulah modus operandi PKR - memberikan pelbagai tawaran demi hasrat untuk berkuasa tercapai.

Tidak mungkinkah Anwar juga melakukan apa yang terjadi di Penanti dengan Anifah?

Lebah Kota

No comments: