Followers

Saturday, May 9, 2009

Nik Abduh kalah kerana Politik Wang Erdogan.

Berita yang baru diterima dari Kota Bharu mengatakan Nik Abduh Bin Datok Nik Abdul Aziz kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Nik Abduh mendapat 54 undi ,manakala pencabarnya Abdul Latif yang juga seorang Adun di Kelantan mendapat 74 undi. Khabar angin yang semakin kuat bertebaran di Kelantan sekarang mengatakan ada berlaku politik wang dalam pemilihan ini. Cerita ini sudah mula bising dan menjadi buah mulut orang ramai di Kelantan.

Khabarnya seorang orang 'kuat' dari team erdogan menjadi pembekal utama $$$ dan pengedar $$$ untuk memastikan Nik Abduh kalah. Nampaknya apa yang dikatakan sebelum ini iaitu Pas dilanda politik wang sudah menjadi kenyataan. Ini baru langkah pertama,kita nanti langkah-langkah seterusnya.

Pelbagai lagi cerita busuk akan keluar dari dalam Pas.

2 comments:

Jimmy88 said...

Awk ape kurangnye gulit...

JAI said...

mana ada politik wang dalam Pas cuma ajak kawan2 makan dan bagi duit minyak je hehehe..... salah ker bro......"jawapan mudah apabila kena batang hidung sendiri"