Followers

Monday, January 31, 2011

Fitnah PAS di Tenang Tidak Menjadi


Masih lagi berkenaan pilihanraya kecil Tenang yang baru saja berlalu, kira kira dalam mood bergembiralah kita minggu ini. Penyokong PAS jangan risau, kami bergembira seminggu saja, lepas tu dah sibuk dengan pilihanraya kecil di Merlimau pulak lah.

Yang nak kita sentuh hari ini ialah pendekatan menyebar fitnah dan dakyah oleh PAS di Tenang yang mana akhirnya tidak menjadi malah mungkin memakan diri mereka sendiri.

3 fitnah utama yang disebar PAS di Tenang ialah kononnya calon BN (kini ADUN, YB) menganiaya seorang pemilik tanah yang rupanya tidak membayar hutang bank, kononnya calon BN (kini ADUN, YB) ada melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan cina di Melaka dan terakhir sekali ialah fitnah mengenai DS Rosmah Mansor atas hal lawatannya ke luar negara yang rupanya ditaja oleh kerajaan Oman.

Nampaknya pendekatan memfitnah ini ditolak oleh masyarakat di Tenang, sekurang-kurangnya secara majoriti. Yang tinggal menyokong itu adalah kerana depa ini impikan sebuah negara melayu tapi diperintah oleh kaum cina dan PAS adalah pihak mewakili melayu yang sanggup menjadi kuda tunggangan ke arah mencapai impian tersebut.

Maka itu majoriti pengundi cina memberi sokongan kepada PAS.

Walaupun pendekatan fitnah ini tidak menjadi, tapi sebagai seorang individu, penulis malu dengan saudara seagama dan sebangsa dalam PAS yang merelakan perkara-perkara tidak islamik ini menghiasi kempen mereka. Jijik betul rasanya bila PAS sanggup merentang kain pemidang besar menuduh calon BN (kini ADUN, YB) ada melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan cina di sebuah hotel Melaka.

Sedangkan dalam situasi sama (orang yang lain), pandai pulak bercakap tentang 4 saksi, lapuran doktor dan sebagainya.

Apa ni PAS? Kata dunia hanya sementara, akhirat yang lebih utama (betullah tu) tapi kenapa sanggup sampai begitu sekali jijiknya perbuatan demi nak mendapat nikmat dunia yang sementara ni tadi?

Sementara isu-isu yang dibongkar blogger pro UMNO/BN mengenai calon PAS (dan suami) pula adalah isu yang sebenarnya berlaku, bukan fitnah.

Ni kena fahamkan betul ni ya, PAS tuduh UMNO tak ikut Islam, tak mengamalkan Islam seperti mana pada ‘pandangan’ mereka adalah ajaran Islam sejati tapi semua mata kita melihat betapa buruknya dakyah dan fitnah PAS sepanjang berkempen di Tenang ini.

Jadi kita saran PAS guna strategi lainlah, rentikanlah fitnah memfitnah ini, buruk benar dipandangan rakyat.

Hadi dipetik Harakah hari ini sebagai berkata PAS akan menggunakan strategi yang lebih berkesan bla bla bla..dibawah itu tetap alasan sama yang digunakan setiap kali kalah, sistem tak adil, tak telus, projek dan sebagainya. Semua ini dah masak dah ditelinga kita, macam lah dinegeri-negeri yang mereka perintah hari ini, projek dapat kepada kontraktor pro UMNO, dapat pada syarikat yang pro mereka juga, itu bukan projek ke?

Ptuiihh..

Apa pun kita yakin, walau dengan strategi lain itu nanti (seperti yang digebangkan Hadi), tidak juga akan menjamin kejayaan PAS kerana nampaknya BN yang ditunjangi UMNO ini semakin kuat dan mendapat tempat. Cuma mungkin ada kelemahan disana sini tapi semua itu masih punya ruang untuk diperbaiki dan diperhalusi dalam mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

At least, tanda pemulihan itu sudah ada.

PAS di satu sudut semakin menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Bila PAS kalah, takde media pembangkang (kecuali Harakah) yang nak mengatakan bahawa ‘calon Pakatan Rakyat’ kalah, sebaliknya disebut ‘calon PAS kalah’. Ini semua bukti bahawa banyak pihak yang nak menumpang menang tapi tiada pihak yang nak menumpang kalah dalam Pakatan Rakyat.

Berbeza dengan BN, jatuh bangun tetap atas nama kesepakatan kita yang rasmi dan berdaftar, Barisan Nasional.

Ini semua dan banyak lagi membuktikan bahawa Barisan Nasional adalah pilihan yang bijak. Apa pun yang dituduh kepada kerajaan Barisan Nasional sebenarnya banyak yang berlaku di dalam pembangkang. Nak tutup isu pembiayaan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang tidak mendatangkan hasil, depa bangkitkan isu lawatan DS Rosmah, itu adalah antara beberapa contoh divertion pembangkang daripada isu sebenar.

Tahniah sekali lagi kepada majoriti penduduk Tenang kerana membuat pilihan bijak.

Kesian Cikgu Normala yang bermimpi nak bergelar ADUN tapi akhirnya dapat bergelar penganggur, mimpi nak jadi Yang Berhormat tapi akhirnya dapatlah jadi Penggangor Terhormat..yelah, ‘terhormat’lah juga…

sumber www.mykmu.net

No comments: