Followers

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1431H buat semua yang beragama Islam. Semoga pengorbanan kita diberkati oleh Allah swt dan tidak lupa kepada rakan dan saudara kita yang sedang mengerjakan haji....

Salam Aidil Adha

Sunday, August 16, 2009

Umno: Peluang tunjuk 3 mesej 'protes keras' buat Pakatan


SEBERANG PRAI: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mahu pengundi-pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menggunakan peluang pilihan raya kecil kali ini, yang bermula esok, untuk menyampaikan mesej protes yang keras kepada ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Othman berharap pengundi DUN Permatang Pasir akan menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai "satu peluang menyampaikan mesej tidak senang hati" kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelatan; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dengan mengundi calon BN (Rohaizat Othman) orang-orang Melayu boleh memberi isyarat bahawa Nik Aziz tidak boleh membenarkan orang-orang bukan Melayu boleh menghina agama Islam.

"Kira-kira 73 peratus pengundi di kawasan Permatang Pasir merupakan orang Melayu, orang Islam... ini peluang yang baik untuk memberitahu Nik Aziz bahawa orang bukan Melayu tidak boleh menghina agama Islam dan beliau tidak harus memberi lesen kepada orang lain untuk menghina Islam," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai dekat sini pagi tadi.

Kata beliau, apabila jumlah undi kepada BN meningkat kali ini ia akan memberikan isyarat yang jelas bahawa masyarakat beragama Islam tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Nik Aziz.

Hari mengundi pilihan raya kecil ialah pada 25 Ogos. Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

PAS terdesak mahu serang peribadi Calon BN

SEBERANG PRAI: Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman sudah bersedia untuk menyangkal apa jua tuduhan yang bakal dibawa Pakatan Rakyat, yang diwakili PAS, semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

"Saya sudah bersedia (untuk menghadapi) dan sedar bahawa mereka akan menggunakan serangan peribadi (ketika kempen)," kata beliau ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai dekat sini sebentar tadi.

Menurut Rohaizat, peguam dari Ibu Pejabat Umno akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya petang ini.

Malam tadi ketika ditemui mStar Online di Sungai Dua dekat sini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya mempunyai "satu isu penting yang akan digunakan" dalam kempen kali ini.

Isu tersebut berkaitan dengan calon BN, kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Bagaimanapun jelas beliau, isu tersebut hanya akan digunakan jika keadaan memerlukan mereka berbuat demikian.

"Beliau ada masalah, kita akan dedahkan nanti jika keadaan mendesak. Bagaimanapun kami tidak akan menggunakan serangan peribadi," kata beliau yang sebelum itu menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pemimpin bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Sungai Dua.

Rohaizat, 38, diumumkan sebagai calon BN kelmarin. PAS juga mengumumkan calonnya - Mohd. Salleh Man, 52, kelmarin.

Rohaizat merupakan Setiausaha Umno Permatang Pauh manakala Salleh pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

PAS bertanding mempertahankan kerusi Permatang Pasir - kerusi tunggal parti itu di DUN Pulau Pinang.

Penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir diadakan pagi esok.

Ketika ditanya sama ada tindakan sedemikian akan menjejaskan peluang di Permatang Pasir, Rohaizat memberitahu: "Saya tidak fikir begitu."

"Kami akan menjawab," kata Rohaizat sambil menambah, beliau sedar isu yang cuba hendak dibangkitkan oleh PAS itu.

Sambil menekankan bahawa beliau bukan peguam yang amalkan khidmat guaman secara langsung, Rohaizat menjelaskan, isu itu sebenarnya tiada kaitan dengannya.


sumber : mstar online

Thursday, May 28, 2009

Aminah Dedah 'Kebabian' PKR

Sebelum ini, ketika bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah memberitahu beliau ditawarkan wang dan jawatan penting di negeri itu jika menarik diri dari bertanding di Penanti, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua seolah-olah mengamuk dan tidak berpuas hati dengan kenyataan itu.
Dia meminta agar Aminah segera menarik balik kenyataan itu atau berhadapan dengan tindakan mahkamah.

Tindakan mahkamah - Kata tidak percaya dengan sistem kehakiman negara tetapi sikit-sikit duk ketuk pintu mahkamah jugak.

Apa pun, kenyataan penafian (seperti biasa dalam PKR) dibuat ketika Aminah belum lagi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dengan bukti cakera padat (CD) yang mengandungi perbualan tawaran RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kepada beliau.

Tian Chua mungkin lupa, Aminah ini pemimpin politik produk PKR sendiri, jadi dan tentu dia akan amalkan perkara-perkara yang PKR buat selama ini seperti merakamkan pertemuan yang diatur atas persetujuan bersama.

Bila Aminah tampil membuat aduan bersama bukti, PKR mula gelabah. Tian Chua terkedu babi agaknya.

Mahu tidak mahu terpaksa mengaku juga ada tawaran yang dibuat.

Pengarah Pilihan Raya DUN Penanti, Saifuddin Nasution mengakui ada pihak dalam PKR yang menawarkan wang dan jawatan kepada Aminah.

Kutuk UMNO dengan BN bukan main, ini baru setahun sahaja pegang kuasa dah mula buat benda-benda macam ini. Ini kalau bukan politik wang apa lagi?

Sekurang-kurangnya permainan wang dalam UMNO bermula tahun berpuluh tahun selepas parti itu wujud. Dan kepimpinan tertinggi parti sedang berusaha sebaik mungkin menghapuskan semua itu kini.

Berbalik kepada isu di Penanti, timbul satu persoalan siapakah yang berani menawarkan jawatan dan wang kepada Aminah?

Saifuddin dalam usaha untuk menutup malu dan aib PKR yang kononnya sebuah parti yang sangat bersih dan murni berkata, tawaran itu dibuat atas hubungan rapat Aminah dengan dua ahli yang berkunjung ke rumah Aminah di Jelutung pada 13 Mei lalu.

Masalahnya, penjelasan itu masih belum menjawab sepenuhnya siapa kedua mereka yang berani menjanjikan jawatan Yang Dipertua MPPP kepada Aminah.

Pastinya bukan calang-calang orang yang berani memberikan janji demikian.

Tidakkah kemungkinan kedua mereka itu berani membuat tawaran itu kerana kepimpinan tetinggi PKR sudah memberikan mereka 'lampu hijau' untuk pergi bertemu Aminah dan menjanjikan jawatan tersebut.

Lebah Kota tidak rasalah mana-mana ahli PKR yang secara sedap mulut sendiri berani hendak menjanjikan RM80,000 dan sebuah jawatan yang agak penting di peringkat negeri kepada seorang bekas Ketua Wanita negeri yang hendak bertanding di sebuah pilihan raya kecil.

PKR mesti sedar Aminah mempunyai pengaruh dan mengetahui banyak rahsia dalaman PKR yang akan dia bongkarkan jika dia memilih untuk bertanding.

Terbaru, semalam pun beliau sudah mencabar untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai sebuah 'peristiwa' di sebuah hotel di Jawi pada 2007 melibatkan pemimpin PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Peristiwa apa agaknya? Kalau kat hotel selalunya melibatkan kes-kes maksiat atau tangkap basah sahaja. Namun, keruntuhan moral bukan sesuatu yang baru dalam PKR kalau itulah yang dimaksudkan berlaku di hotel berkenaan.

Menyedari kemampuan Aminah untuk membocorkan pelbagai kejahatan dan kelemahan PKR mungkin menjadi penyebab dua ahli PKR yang rapat dengan beliau diminta menghampirinya untuk menawarkan wang dan jawatan.

Dengan harapan Aminah menerima tawaran itu dan semua rahsia PKR akan terus didiamkan begitu sahaja.

Lebah Kota yakin, Saifuddin hanya cuba menutup aib partinya yang selamanya ini bercakap mereka sangat bersih dan jauh pada rasuah dengan mengatakan tawaran itu dibuat oleh dua individu yang tidak mewakili parti itu.

Mereka sebenarnya terperangkap apabila Aminah tampil dengan sebuah CD merakamkan tawaran yang diterimanya. Ini mesti sesutau yang tidak diduga sama sekali kepimpinan PKR.

Mereka tidak menjangkakan Aminah akan merakam perbualan dua ahli yang rapat dengan beliau selama ini.

Persoalan terpenting, yang ingin Lebah Kota ulang sekali lagi, takkan ada dua ahli yang ikut sedap mulut dan atas inisiatif sendiri mahu menawarkan wang dan jawatan kepaad Aminah?

Sudah tentu ia arahan pemimpin 'parti bersih dan prihatin' untuk membuat tawaran demikian kepada Aminah.

Kekotoran dalam PKR yang selama ini kerap disembunyikan menyerlah di Penanti dan ia dibuka oleh bekas Ketua Wanitanya sendiri.

Dan Penasihat PKR pula hendak menyaman Menteri Luar, Datuk Anifah Aman RM100 juta kerana membuat kenyataan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika melompat parti dan membantu membentuk kerajaan pintu belakang 16 Sepetember lalu.

Sayangnya mungkin Anifah tidak merakamkan perbualan tawaran itu.

Namun, apa yang berlaku di Penanti tidakkah menjadikan kita berfikir bahawa itulah modus operandi PKR - memberikan pelbagai tawaran demi hasrat untuk berkuasa tercapai.

Tidak mungkinkah Anwar juga melakukan apa yang terjadi di Penanti dengan Anifah?

Lebah Kota

Wednesday, May 27, 2009

Exco Bergambar Bogel Bertudung Di Ceramah PAS


Baguslah PAS boleh pejam sebelah mata tentang al-kisah Elizabeth Wong bersekedudukan dengan lelaki Islam yang dipercayai ambil gambar separuh bogelnya di dalam rumahnya.



Ini namanya politik. Ramai juga yang hadir semasa Exco Kerajaan negeri Selangor itu bagi ceramah di Kok Lanas, malam Sabtu lepas.

Mungkin ada yang nak lihat sendiri dari dekat wajahnya setelah gambar separuh bogelnya dan yang terbaru nampak kemaluannya tersiar di internet.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu muncul berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.

Penampilan sama perlu dibuat pemimpin wanita PKR itu ketika berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi membuat penjelasan ekoran penyiaran gambar tersebut yang dikaitkan dengan teman lelakinya Helmi Malek yang masih menghilanglan diri.

Pada ceramahnya di Taman Puspa iru, Elizabeth sekali lagi memuji Nik Aziz yang dikatakan memberi nasihat ketika beliau berdepan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya seperti dilaporkan laman web PAS..

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Datuk Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw. - Agendadaily

CARA-CARA BERKESAN 'MENCUCI DOSA' IKUT KAEDAH PAS.

BAYANGKAN JIKA ELIZ INI ADUN BARISAN NASIONAL ?

Saturday, May 9, 2009

Nik Abduh kalah kerana Politik Wang Erdogan.

Berita yang baru diterima dari Kota Bharu mengatakan Nik Abduh Bin Datok Nik Abdul Aziz kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan.

Nik Abduh mendapat 54 undi ,manakala pencabarnya Abdul Latif yang juga seorang Adun di Kelantan mendapat 74 undi. Khabar angin yang semakin kuat bertebaran di Kelantan sekarang mengatakan ada berlaku politik wang dalam pemilihan ini. Cerita ini sudah mula bising dan menjadi buah mulut orang ramai di Kelantan.

Khabarnya seorang orang 'kuat' dari team erdogan menjadi pembekal utama $$$ dan pengedar $$$ untuk memastikan Nik Abduh kalah. Nampaknya apa yang dikatakan sebelum ini iaitu Pas dilanda politik wang sudah menjadi kenyataan. Ini baru langkah pertama,kita nanti langkah-langkah seterusnya.

Pelbagai lagi cerita busuk akan keluar dari dalam Pas.

Friday, March 27, 2009

Beri Peluang Barisan Baru- Hishammuddin


KUALA LUMPUR 27 Mac - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak terutamanya dalam UMNO memberi peluang kepada barisan baru parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Naib Presiden UMNO itu berkata, mereka tidak seharusnya melihat dari sudut negatif kemenangan seseorang pemimpin terutamanya Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
''Masalahnya dalam UMNO kita hanya lihat secara negatif, kenapa tidak melihat pemilihan jawatan lain yang diterima oleh orang ramai. Contohnya kemenangan Datuk Razali Ibrahim bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Datuk Mustapa Mohamed yang mendapat undi terbanyak anggota Majlis Tertinggi.

''Justeru saya minta semua pihak berilah masa untuk kami buktikan, lihat dari segi positif dan negatif, kemudian buatlah keputusan dalam tempoh tiga tahun,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia, ketika diminta mengulas pelbagai tafsiran negatif yang dibuat berikutan kemenangan Khairy menerajui sayap parti itu.

Khairy dipilih menduduki kerusi Ketua Pemuda selepas menewaskan dua lagi calon lain, Datuk Mukhiz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam pemilihan yang diadakan pada Rabu lalu.

Kemenangan Khairy dikatakan menjadi bualan hangat kerana beliau sebelum itu diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana dikatakan terlibat dalam politik wang.

Menjawab satu soalan, Hishammuddin berkata, jika keputusan pemilihan UMNO tidak diterima oleh rakyat hari ini, parti itu mempunyai masa tiga tahun untuk meyakinkan mereka.
''Semua pihak kena terima ini proses amalan demokrasi dalam UMNO dan perwakilan UMNO telah membuat keputusan dan kita akan berhadapan dengan pilihan raya tiga tahun daripada sekarang.

''Jadi kalau tiga tahun dari sekarang rakyat masih tidak terima, yang akan terima padah ialah parti kita, tidak mungkin siapapun yang marah akan tergamak merosakkan parti kerana individu tertentu,'' katanya.

Ditanya adakah mungkin perasaan tidak puas hati itu akan diterjemahkan oleh rakyat dalam tiga pilihan raya kecil yang bakal berlangsung pada 7 April ini, Hishammuddin berkata, ia tidak akan berlaku.

''Ini kerana dalam pilihan raya berkenaan, kita akan menggabungkan kekuatan lama dan baru bagi menggerakkan jentera berkempen,'' katanya yang diberi tanggungjawab mengepalai jentera di Bukit Selambau.

Hishammuddin berkata, Khairy mengakui bahawa beliau tidak mendapat sokongan padu daripada pergerakan itu berikutan pertandingan berkenaan melibatkan tiga penjuru.

''Tetapi ketiga-tiga mereka sudah berikrar akan tetap bekerjasama biarpun kalah dan saya sendiri tidak akan melepaskan Pemuda begitu sahaja, sebaliknya akan terus memantau dan memberi bimbingan agar semua ahli Pemuda kembali bersatu selepas pertandingan,'' katanya.