Followers

Friday, April 4, 2008

Sokong Datuk Mukhriz !!!

Saya rasa kita patut menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi sahabat-sahabat perwakilan 2008 kepada Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir supaya beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggantikan Datuk Hisham.
Disini saya cuma ingin memberikan satu alasan sahaja kenapa beliau layak menerajui jawatan tersebut. Saya melihat sejak dari tahun 2004 lagi sokongan pemuda kepada beliau amat padu dengan memenangi undi terbanyak EXCO pemuda UMNO pusat. Beliau juga konsisten dalam menyatakan pendapat beliau terutama kelemahan pentadbiran Pak Lah dengan campur tangan Khairy Jamaluddin seperti pada PAU 2006 sehingga kini. Walaupun pada peringkat Grassroot tidak dapat disangkal lagi ke tidak puasahati kepada Pak Lah tidak ada seorang pun yang berani menegur Pak Lah kecuali beliau. Selama ini ada dikalangan kita yang mungkin beranggapan apa yang ditegur oleh beliau adalah berdasarkan pemerhatian peribadi atau beliau mungkin ada agenda peribadi tetapi jelas kini apa yang ditegur dan dibimbangi telah menjadi kenyataan berdasarkan keputusan PRU 12 lepas. Jelaslah juga beliau dianugerahkan pemikiran yang boleh membuat penilain yang jauh ke depan. Beliau juga tidak memainkan isu sentimen kaum seperti Khairy Jamaluddin untuk menarik sokongan melayu kerana beliau tahu sebagai sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia kita perlukan semua sokongan untuk membina sebuah negara yang maju, aman dan harmoni. Oleh yang demikian saya merayu kepada semua penyokong UMNO terutama pemuda UMNO agar bekerja kuat untuk meletakkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahatdir sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2008 yang akan datang.

Hidup Datuk Mukhriz !!
Teruskan Perjuangan demi agenda Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

hidup datuk mukhriz...
Gempur KJ...