Followers

Friday, May 16, 2008

Badut MP Bukit Gelugor


Apa sudah jadi, YB Karpal Singh?Ahli-ahli Parlimen yang lain sedang sibuk membincangkan hal-hal yang penting mengenai kesejahteraan dan kemakmuran rakyat, beliau pula sibuk berdebat mengenai Perkara 43, perkara remeh temeh yang jelas menunjukkan bahawa beliau tidak faham tentang prosedur Dewan Rakyat.


Malang sungguh apabila so called peguam ini tidak arif juga rupanya. Dalam masa yang sama, penulis amat berharap agar mereka yang mengundi beliau menjadi MP Bukit Gelugor akan kembali sedar bahawa mereka telah mengundi seorang badut dan sebenarnya tidak layak untuk mewakili Bukit Gelugor di Dewan Rakyat. Tentu pembaca sekalian tertanya-tanya, apakah motif penulis menulis artikel mengenai Karpal Singh? Penulis akan terangkan...Pertama, badut Karpal Singh ini merupakan MP untuk Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan penulis bermastautin di parlimen Bukit Gelugor! Malu juga rasanya apabila speaker Dewan Rakyat terpaksa membuang masa berharganya untuk MP Bukit Gelugor hanya kerana isu-isu kecil. Akan tetapi, penulis memang tidak mengharapkan sebarang keajaiban daripada MP Bukit Gelugor ini. Maksudnya, he is a clown and will continue to act as one. Tidak mungkin beliau menggunakan kesempatan di dalam Dewan Rakyat itu untuk sesuatu yang positif dan membina.


Pastinya juga, Karpal Singh tidak akan mampu untuk memakmurkan parlimen Bukit Gelugor.Kedua, pembaca sekalian tentu tertanya-tanya, kenapakah badut ini dapat menjadi MP Bukit Gelugor sekali lagi walau pun rekod kerjanya tidak memuaskan?Penulis pun hairan...... :-0Untuk menerangkan sebabnya, kita perlu tahu pecahan kaum di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Bukit Gelugor mempunyai pengundi yang majoritinya adalah kaum Cina (67%) manakala kaum Melayu hanyalah 11%. Cakap-cakap di kedai kopi menerangkan mentaliti penduduk Cina di Bukit Gelugor ini lain sedikit bila memilih wakil rakyat mereka. Biar pun calon BN adalah daripada kaum mereka, mereka membuat perhitungan mudah iaitu 3 Undangan Negeri di dalam Bukit Gelugor akan diberikan kepada BN manakala Parlimen akan diberikan kepada Karpal Singh agar ianya kelak lebih seimbang dari segi suara pembangkangnya.Malangnya, perhitungan itu tidak menjadi pada PRU-12 yang lepas. Akibatnya, kesemua Undangan Negeri dan Parlimen Bukit Gelugor jatuh ke tangan pembangkang. Ramai daripada 'pengambil risiko' itu tidak menjangkakan keputusan itu.Akibatnya juga, Karpal Singh masih MP Bukit Gelugor dan kerana itu, penduduk Bukit Gelugor akan dapat lagi meyaksikan aksi badut Karpal Singh di dalam setiap persidangan Dewan Rakyat. Manakala rakyat lain di Malaysia tentu tertanya-tanya, di manakah kematangan dan kewarasan pengundi Bukit Gelugor yang mengundi badut Karpal Singh itu?Ketiga, walau pun kaum Melayu di Bukit Gelugor tidak akan menerima kesan terhadap kemenangan Karpal Singh ini tetapi mereka yang telah mengundi beliau semasa PRU-12 yang lepas boleh dianggap pengkhianat bangsa dan agama.


Penulis berkata demikian kerana orang-orang Melayu yang mengundi Karpal Singh secara tidak langsung telah membenarkan Karpal Singh bersuara lantang tetapi kurang ajar seperti menghina prosedur Dewan Rakyat, mempertikai hak Sultan dan memandang rendah agama Islam. Untuk orang Melayu yang mengundi Karpal Singh, andalah badut yang sebenarnya - Minda Intelek Melayu

No comments: