Followers

Friday, July 18, 2008

Selamat Hari Jadi Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad


Hari ini 10 Julai 2008 bersemaan 7 rejab 1429 S.M., maka genaplah umur Negarawan Ulung ataupun dipanggil dengan panggilan ‘Malay Ultra’ yang selama ini yang cemerlang, gemilang dan terbuang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke-83 tahun. Terlebih dahulu seperti biasa apabila kita menyambut harijadi seseorang yang tertalu istimewa bagi kita, kita akan ucapkan selamat Hari Lahir Atau Ulangtahun kepada beliau.Tetapi tahun ini, saya berkesempatan ataupun secara jelasnya ingin mengambil kesempatan yang terlalu berharga buat diri saya ini di dalam seumur hidup saya ini, dan juga sebagai penghargaan yang cuma sedikit ini jika hendak dinilaikan dengan jasa dan pengorbanan beliau semasa hayatnya ini kepada aku dan mungkin kepada semua bangsaku dan juga rakyat jelata yang terdapat di negara ini.Tidak aku nafikan bahawa jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak boleh kita lupakan begitu sahaja. Tidak aku nafikan juga ‘idea’ dan ‘wawasan’ nya telah dapat aku rasai dan nikmati. Tidak aku nafikan juga ‘pekerjaan’nya dan ‘lakonan’nya begitu memikat dan memukau diri aku. Tidak aku nafikan juga ‘jiwa’nya dan ‘hati’nya juga ‘bersih’ dan ‘terang’.Dan Tidak aku nafikan juga ‘nawaitu’nya ‘jujur’ dan niatnya ‘ikhlas’.Ini memang tidak boleh aku nafikan sampai bila-bilapun.Tidak kira apapun orang berkata kepada aku.Aku juga bersedia menerima tamparan dan teguran daripada bangsaku sendiri Asalkan bukan dari bangsa asing yang ada di sini.Aku sudah muak dan mual mendengar beliau di perlekeh-lekehkan kewibawaan dan kehebatan beliau selama aku masih lagi hidup dan juga selama beliau ini masih lagi hidup di dunia ini. Aku marah dan benci kepada mereka-mereka ini yang tidak sudah-sudah memaki, mengeji dan bersikap kurang ajar dengan beliau ini.Aku ‘sedih’ dan ‘berdukacita’ tentang apa yang dilakukan oleh bangsanya kepada dirinya.Dan aku menangis apabila bangsaku sendiri melupakan apa yang telah beliau lakukan demi untuk bangsanya sendiri.Dan aku merayu dan sujud kepada bangsaku supaya insaf dan lupakan segala persengketaan yang ada demi menyatupadukan bangsa kita kembali. Aku juga masih menangis sekarang ini, untuk aku persembahkan tulisan yang tidak seberapa ini dimataku.Tapi wajib bagi aku untuk ingat-mengingati antara satu sama lain di antara bangsa ku ini. Aku tidak kisah apa yang akan diperkatakan tentang tulisan aku ini. Tapi aku percaya, cara aku ini dapat menyampaikan ‘Hadiah’ yang tidak seberapa ini untuk Negarawan Ulung ataupun juga pernah dipanggil dengan ‘Ultra Melayu’.Hari ini dan disaat ini aku rasakan bangsaku sendiri telah ataupun sedang melupai beliau ini. Cukup mudah bagi ku melihat bagaimana beliau ini telah dilupakan oleh bangsanya sendiri.Tiada cerita, tiada berita, tiada amanat, tiada wawasan, dan tiada gambarnya.Di manakah beliau ini? Sudah hilang di dunia ini kah?Ataupun dia sudah meninggalkan kita? Ataupun dia masih hidup sekarang ini?Bagi aku nyatalah dia masih hidup dan sentiasa segar di dalam hidup serta perjuangannya. Buat apa dia susah-payah untuk memikirkan nasib bangsa, agama dan negara.Buat apa dia bersusah payah kehulu dan kehilir untuk berjumpa bangsanya. Buat apa dia bersusah payah untuk berkata-kata dan bercakap.Buat apa dia bersusah-payah menegur dan mengkritik pejuang-pejuangnya?Sengajakah dia untuk menghabiskan masanya dengan perkara-perkara yang tidak untung baginya? Sengajakah dia memberi segala teguran dan kritikan semata-mata untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingannya sahaja? Sengajakah dia memporak-perandakan bangsanya sendiri?Namun aku masih tidak mempercayainya. Dan aku tidak akan mempercayainya sampai bila-bila.Aku juga tahu bangsaku ‘kuat’ dan bangsaku ‘perkasa’.Aku juga tahu bangsaku ‘hormat’ dan ‘taat’ dengan ‘budaya’ dan ‘adat’. Aku juga tahu bangsaku ‘gagah’ dan ‘hebat’ di dunia dan akhirat. Aku juga tahu bangsaku ada ’semangat’ dan ‘pintar’ di dunia ini. Aku juga tahu bahawa bangsaku sudah lupa pada Tun Dr. Mahathir MohamadAntara manusia yang kita puji dan kita sanjung tinggi ini selain Rasullullah s.a.w, para sahabat, para anbiyak, para mujahidin, para kiyai-kiyai, para mufti-mufti,tok guru-tok guru para raja-raja dan sultan-sultan melayu yang ada, dan juga tokoh-tokoh melayu yang pernah berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa, Sekarang “Melayu Sudah Lupa”.Dahulu Melayu ‘Melayu mudah Lupa’ telah dibisikkan ditelinga bangsaku.Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang terus melupakan segala bisikan itu.Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa’ inilah yang memperhebat dan memperkasa bangsaku. Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang ‘menghancur’ dan 'membinasakan' bangsa ku sendiri.Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa’ inilah yang berani dan tidak gentar kepada sesiapa. Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang duduk di dalam ketakutan dan kejahilan.Dan akhir sekali ingin aku katakan ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang akan menangis juga suatu hari nanti, jika ‘Melayu Mudah Lupa’ ini sudah tiada lagi nanti di dunia.Mengapa? Kerana hari ini sudah ramai dari bangsaku menangis dan sedih melihat insan ini diperlaku sedemikian rupa oleh bangsanya sendiri. Sedangkan dia masih hidup, masih kuat dan masih bersemangat.Akhir sekali ingin ku nyatakan rayuanku ini kepada semua bangsaku,Ingatilah, hargailah, ‘hadiah’kanlah ucapan kemaafan kepada beliau diatas jasa dan pengorbanan beliau selama ini kepada bangsa kita, agama kita dan negara kita ini.


Ahli Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka.

No comments: