Followers

Monday, January 26, 2009

Godaan Yang Berjaya

Setelah puas menggoda, akhirnya PKR berjaya juga menarik ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai mereka. Sebelum itu, ada ura-ura mereka menggoda Datuk Ariff Shah, ADUN Seberang Jaya yang tewas pada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu yang sedikit sebanyak mempunyai perjalanan politik yang lebih kurang dengan Datuk Nasaruddin.
Apa persamaannya? Mereka adalah ADUN (Kecuali Datuk Nasaruddin yang mungkin kecewa tidak lagi bertanding atas tiket Parlimen), kedua-dua mereka tewas ketika pertandingan Ketua Bahagian dan kedua-duanya telah cuba disunting oleh PKR.Pelbagai juga dijanjikan kepada kedua-dua mereka ini, dan tiada satu pun diterima oleh Datuk Ariff Shah. Dan ada ura-ura mengatakan Datuk Nasaruddin ini dijanjikan jawatan Menteri BESAR Perak, huh...patut le tergoda!Ntah la, beliau menang cukup besar ketika pilihanraya yang lalu, yang mengundinya ketika itu adalah pengundi Barisan Nasional, nampaknya, pemilihan tersebut telah dikhianati tanpa belas kasihan....HANYA KERANA KUASA...beliau sanggup apa sahaja..Wallahuallam!

4 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

semoga PKR akan tewas selepas ini. salam berani berubah!

Sahabat-Gunung said...

Hanya mereka yang tamak pada kuasa, harta dan tidak setia berjaya digoda Anwar Ibrahim dan PKR.

Aku yakin, jiwa dan semangat perjuangan masih segar dan hangat dalam hati sebilangan pejuang dan pemimpin-pemimpin UMNO kita.

Bersabahlah, ini masa untuk kita bermuhasabah diri. Masa kita menilai kembali azam dan pendekatan baru dalam perjuangan kita.

Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung (www.sahabatgunung9506.blogspot.com)

Abd.Rahman said...

Saya adalah salah seorang pengundi Dato Arif Shah...agak kecewa kerana Arif Shah kalah dalam PRK P.Pauh.Walaubagaimanapun dah memang adat pertandingan mesti ada yang kalah dan ada yang menang....

Ir Gullit said...

sokong.. kalah kena terima kekalahan.. rapatkan saf.. sekarang.. kalah... muka pun tak nampak... semua dah gila jawatan!! perjuangan habuk pun tarak...