Followers

Wednesday, May 27, 2009

Exco Bergambar Bogel Bertudung Di Ceramah PAS


Baguslah PAS boleh pejam sebelah mata tentang al-kisah Elizabeth Wong bersekedudukan dengan lelaki Islam yang dipercayai ambil gambar separuh bogelnya di dalam rumahnya.



Ini namanya politik. Ramai juga yang hadir semasa Exco Kerajaan negeri Selangor itu bagi ceramah di Kok Lanas, malam Sabtu lepas.

Mungkin ada yang nak lihat sendiri dari dekat wajahnya setelah gambar separuh bogelnya dan yang terbaru nampak kemaluannya tersiar di internet.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu muncul berbaju kurung dan menutup kepala dengan selendang.

Penampilan sama perlu dibuat pemimpin wanita PKR itu ketika berjumpa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi membuat penjelasan ekoran penyiaran gambar tersebut yang dikaitkan dengan teman lelakinya Helmi Malek yang masih menghilanglan diri.

Pada ceramahnya di Taman Puspa iru, Elizabeth sekali lagi memuji Nik Aziz yang dikatakan memberi nasihat ketika beliau berdepan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya seperti dilaporkan laman web PAS..

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Datuk Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw. - Agendadaily

CARA-CARA BERKESAN 'MENCUCI DOSA' IKUT KAEDAH PAS.

BAYANGKAN JIKA ELIZ INI ADUN BARISAN NASIONAL ?

5 comments:

JAI said...

gelak aku bila nik eliz tu kata "sabar itu separuh dari iman" kapir mana ada iman? NGUCAP DULU BARU CITER PASAL IMAN yang tu tok guru tak bagi tau ker...... . klu ko adun BN aku ingat ko ni dah di humban masuk kedalam neraka pas.

pemuda RB said...

heheh.. betul bro...

riza said...

bila orang yang lebih islam sendiri mempolitikkan islam seperti apa yang pas buat, orang bukan islam pun ikut lah. ambil kesempatan saja.

samapai macam ni pas sanggup gadaikan islam. eli yang tak ada moral pun depa sanggup dengar ceramahnya. eli ni penzina, tak kiralah dia kafir. mana-mana ugama pun kata zina ni berdosa. eli ni kristian, jadi dia pun dah berdosa mengikut kristan.

suruh depa masuk islam lah dulu. apa perasaan muallaf bila pendosa bukan islam pun dipuja.

sebab tu idham lim adun tt serong cuba nak tonjolkan dirinya. buat isu umno pakai bomoh. sepatutnya dalam surat kepada ustaz nga, nik aziz kena bagi contoh idham lim sebagai role model cina islam. nampak sangat nik aziz pun berpolitik saja. contoh depan mata pun tak nampak.

agak-agak eli, kit siang dan anak masa jumpa nik aziz, depa faham ke loghat pekat kelantan tu. sebab saya pun kekadang tak berapa faham apa yang nik aziz cakap. depa ni dok angguk-angguk, geleng-geleng saja kot.

Naz said...

bagi depa ni semuanya betul..bila kerajaan buat depa hentam habis2an..apa dah takdak modal kah..??

dok bangga org kafir cerita pasal islam..tersenyum dan bangga pasal tu.Tp depa ni semua tak fikir kah ini semua politik..org bodo bolehlah hang tipu.

dok berpeluk sakan ngan orang kafir..bangsa sendiri hang dok hina.Yang dalam parti roket hanya tersenyum jer lah.

membinakehidupansihat.blogspot.com

puJie said...

kalo chua pun BN simpan. PKR pun nak wat benda yg sama. -politik itu kotor-